Saturday, 22 September 2012

Takdir Buat Ku...


Inilah yang dikatakan cinta
Bahagianya hanya seketika
Hilangnya dalam sekelip mata
Aku hanya mampu merencana kehidupan ini
Namun, takdir dari Nya penentu segala
Dia bukan tercipta untuk ku
Dia bukan imam untuk ku
Dia bukan wali untuk bakal anak-anak ku
Kerana dia bukan insan yang dijanjikan untuk ku
Biar sepi seketika
Carilah sesuatu yang lebih bermakna
Hiasilah diri dengan keperibadian yang lebih sempurna
Terima dengan hati yang terbuka
Kerana ini takdir buat ku……

CiNta Ku UnTuk mu...


Cinta ku untuk mu
Bukan untuk dikhianati
Cinta ku untuk mu
Bukan untuk dijunjung tinggi
Cinta ku untuk mu
Bukan untuk mengatasi cintamu pada ilahi
Cinta ku untuk mu
Bukan untuk mengharapkan simpati
Cinta ku untuk mu
Bukan untuk mendapatkan harta menggunung tinggi
Cinta ku untuk mu
Cukuplah sekadar menghargainya seikhlas hati…

Saturday, 23 June 2012

HAti iNI....

HAti iNI...
berkata..
adakah dia tercipta untuk ku
selamanya untuk ku
atau hanya sementara
sekadar mengisi kekosongan di HAti iNI
persoalan itu tidak semestinya mempunyai jawapannya yang tepat
kerna kita sendiri tak pasti takdir hidup kita
kerna HAti iNI pun bukan milik kita....


Friday, 6 January 2012

Benarkah cinta itu indah....

mencari keindahan disebalik cinta manusia
namun apa aku temui sebenarnya
cinta manusia tak pernah membawa keindahan itu hingga ke akhirnya
terputus ditengah jalan bila tidak lagi sehaluan
permulaan yang cukup manis tapi sia-sia di persimpangan
adakah itu keindahan....
carilah cinta yang lebih hakiki
untuk mengisi kekosongan hati
moga kita tidak menyesal dikemudian hari
menagih janji-janji yang dimungkiri.....