Biarlah aku begini
memendam rasa sendiri
membiarkan hati dilukai
sukar untuk aku terima sebenarnya
namun apa daya aku
insan biasa yang penuh dengan kekurangan
ini takdir untuk ku
jadi takdir ini harus aku terima
sampai bila harus aku mengharap
sesuatu yang aku sendiri tak pasti.....
Friday, 20 May 2011
Sunday, 15 May 2011
BuAt mU InSaN BeRjAsA....
Dia lah penyuluh masa depan ku
Dia lah pembakar semangat ku
Untuk aku terus berjuang dan berjuang
Memburu cita-cita murni ku
Tanpa ilmunya
Tidak mungkin aku di sini
Tanpa pengorbanannya yang tidak jemu mendidik aku
Tidak mungkin aku tahu mengarang ayat seindah ini
Dia lah insan yang sangat berjasa
Mampu melahirkan insan yang berguna
Yang bisa menakluki dunia dengan kata-katanya
Hebatnya insan ini
Yang ku panggil CIKGU…..
Selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu ku
Hanya Allah yang bisa membalas jasa-jasa mu…..
Wednesday, 11 May 2011
DaRi SaHabAt UnTuK SaHaBat
Dari sahabat untuk sahabat ( part 1)
persahatan itu indah,
andai ikhlas jadi sandaran,
keikhlasan itu bukan terlahir daripada kata-kata,
tetapi terpancar pada tindakannya,
sahabat itu membantu bukan menindas,
sahabat itu tempat untuk kita mengadu,
bukan untuk melepaskan marah,
persahabatan itu terjalin atas titian kasih,
jadi bersahabatlah untuk selamanya,
kerana bersahabat itu lebih baik daripada bersendirian.....
andai ikhlas jadi sandaran,
keikhlasan itu bukan terlahir daripada kata-kata,
tetapi terpancar pada tindakannya,
sahabat itu membantu bukan menindas,
sahabat itu tempat untuk kita mengadu,
bukan untuk melepaskan marah,
persahabatan itu terjalin atas titian kasih,
jadi bersahabatlah untuk selamanya,
kerana bersahabat itu lebih baik daripada bersendirian.....
Dari sahabat untuk sahabat ( part 2 )
kenangan yang tercipta itu indah
kita bersama yang mencorakkan keindahannya
sakit dan menyakiti
itulah asam garam lumrah bersahabat
bergaduh bermasam muka tentang menentang
itulah adat menjana idea
bagaimana kita selesaikanya
itu terletak pada kebijaksanaan yang kita ada
kenangan inilah kita bawa bersama
meniti perjalanan kerjaya kita
kenangan ini juga membuat kita tetap bersama
kenal hati budi antara kita semua
semoga ukhwah yang terbina terpatri kukuh
dengan kenangan indah yang kita cipta bersama.
Dari sahabat untuk sahabat ( part 3)
bila berjauhan
rindu mula bertamu
pesanan untuk sahabat
mampukah aku sampaikan
bisikannya tetap hadir
pada angin lalu aku sampaikan
salam rindu kenangan bersama
buat sahabat
moga kalian sentiasa bahagia
perjalanan berliku ini kita harungi bersama
walaupun cabaran kita berbeza
mengertilah sahabat kalian sentiasa di hati ku……
Friday, 6 May 2011
CiNtA TeRpEnDam....
Kian lama cinta terpendam
Kadang-kadang ia menjadi dendam
Namun wajarkah ia terjadi
Berdendam pada orang yang dicintai
Biarlah cinta itu tidak terluah
Namun ia tetap indah dalam jiwa yang merasai
Cinta tidak semestinya memiliki
Sayang juga tidak mungkin bersatu
Biarlah bahagia mengiringi insan yang dicintai
Moga bahagianya dapat ditumpang sekali
Dalam melakar keindahan hidup duniawi
Yang indahnya hanya seketika Cuma
Jadi wajarkah cinta terpendam itu
Menjadi barah dalam jiwa
Ubahlah rasa cinta itu pada yang berkuasa
Dambakanlah cinta itu pada yang lebih hakiki
Moga tidak sakit sendiri
Menanggung sepi di hati yang sunyi
Kebahagian abadi pasti menjelma
Andai cinta itu pada Dia yang mencipta …..
Tuesday, 3 May 2011
CiNTa AgUnG.....
Dikala kekosongan mengisi ruang
Hati mencari cinta yang Esa
Entah kemana hilang sinarnya
Dalam kesamaran mencari bahagia
Dambakan kasih Nur Rabbani
Kini tekad azam membara
Bangkit berjuang terus berusaha
Bajai keimanan berputik di jiwa
Rukuk dan sujud pengabdian hamba
Tanda syukur rahmat Ilahi
Tika malam menjelma
Sendu berlagu tiada henti
Menitis jernih mutiara keinsafan
Lidah basah mengalun zikrullah
Menagih cinta hakiki
Moga bertemu di Syurgawi
Pabila cinta itu berbisik
Hati memuji tuhan yang Esa
Pabila rindu pula terusik
Rasul bertakhta di jiwa
Sunnah jadi amalan
Al-Quran jadi pegangan
Selawat ke atas junjungan
Mencari cinta keagungan ….
Subscribe to:
Comments (Atom)






















