Dari sahabat untuk sahabat ( part 1)
persahatan itu indah,
andai ikhlas jadi sandaran,
keikhlasan itu bukan terlahir daripada kata-kata,
tetapi terpancar pada tindakannya,
sahabat itu membantu bukan menindas,
sahabat itu tempat untuk kita mengadu,
bukan untuk melepaskan marah,
persahabatan itu terjalin atas titian kasih,
jadi bersahabatlah untuk selamanya,
kerana bersahabat itu lebih baik daripada bersendirian.....
andai ikhlas jadi sandaran,
keikhlasan itu bukan terlahir daripada kata-kata,
tetapi terpancar pada tindakannya,
sahabat itu membantu bukan menindas,
sahabat itu tempat untuk kita mengadu,
bukan untuk melepaskan marah,
persahabatan itu terjalin atas titian kasih,
jadi bersahabatlah untuk selamanya,
kerana bersahabat itu lebih baik daripada bersendirian.....
Dari sahabat untuk sahabat ( part 2 )
kenangan yang tercipta itu indah
kita bersama yang mencorakkan keindahannya
sakit dan menyakiti
itulah asam garam lumrah bersahabat
bergaduh bermasam muka tentang menentang
itulah adat menjana idea
bagaimana kita selesaikanya
itu terletak pada kebijaksanaan yang kita ada
kenangan inilah kita bawa bersama
meniti perjalanan kerjaya kita
kenangan ini juga membuat kita tetap bersama
kenal hati budi antara kita semua
semoga ukhwah yang terbina terpatri kukuh
dengan kenangan indah yang kita cipta bersama.
Dari sahabat untuk sahabat ( part 3)
bila berjauhan
rindu mula bertamu
pesanan untuk sahabat
mampukah aku sampaikan
bisikannya tetap hadir
pada angin lalu aku sampaikan
salam rindu kenangan bersama
buat sahabat
moga kalian sentiasa bahagia
perjalanan berliku ini kita harungi bersama
walaupun cabaran kita berbeza
mengertilah sahabat kalian sentiasa di hati ku……






















No comments:
Post a Comment