Inilah
yang dikatakan cinta
Bahagianya
hanya seketika
Hilangnya
dalam sekelip mata
Aku hanya
mampu merencana kehidupan ini
Namun,
takdir dari Nya penentu segala
Dia bukan
tercipta untuk ku
Dia bukan
imam untuk ku
Dia bukan
wali untuk bakal anak-anak ku
Kerana
dia bukan insan yang dijanjikan untuk ku
Biar sepi
seketika
Carilah
sesuatu yang lebih bermakna
Hiasilah
diri dengan keperibadian yang lebih sempurna
Terima
dengan hati yang terbuka
Kerana
ini takdir buat ku……




















