Tanpa mu insan yang bergelar ketua keluarga menjadikan ramadhan kali ini seperti kekurangan sesuatu....walaupun ramadhan yang ku lalui seperti sebelumnya berada di perantauan....namun hakikatnya tidak sama...aku seperti sukar untuk percaya bahawa bila aku pulang nanti insan itu tidak lagi menunggu aku seperti sebelumnya...kerana setiap kali aku balik...aku akan naik bas malam dan sampai pagi dirumah... dan insan itu lh yang setia menunggu bila aku telepon memberitahu bas yang aku naik dh nk sampai depan rumah...bila aku smpai insan itu lh yang menyambut kepulangan ku....
Hakikatnya tahun ini tidak seperti tahun yang lepas......Syawal yang bakal menjelma juga pasti membuat aku n fmly terasa kehilangan insan itu...teringat aku pada Syawal yang lepas...insan itu sngt teruja untuk mengambil gambar raya bersama anak2 nye...siap salam n peluk cium yang tak pernah kami buat selama berhari raya....sekadar bersalam n cium tangan itu perkara biase yang kami lakukan...insan itu tidak suka bergambar...sngt susah utk ambik gambar...tapi perancang Allah maha hebat...tidak terjangkau pikiran ku n fmly bahawa itulh ramadhan dan syawal terakhir buat kami bersama insan itu yang ku panggil "Ayah"
HERO ku selamanya.....
aku tidak mahu menangis...tapi air mata ini tetap degil nk kuar gak....apakan daya ku...senyuman bisa terukir dibibir...namun hati tetap menangis hiba...
~Jiwa Hati ku Hanya Tuhan yang Tahu~




















